Wednesday 8 June 2011

INDAHNYA BERZIKIR


ALLAH menjadikan manusia adalah sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain. Seindah kejadian adalah nikmat bertutur dan menggunakan lidah untuk berbicara. Seandainya lidah tercedera, kita akan terasa kesukarannya untuk bertutur apa lagi untuk menikmati keanakan makanan. Makan tanpa rasa, semuanya akan menjadi tidak bermakna.
      Dapat bercakap adalah satu nikmat sebenarnya tapi bukan sebarang cakap jangan sampai dikata lidah panjang. Berbahagialah bagi yang menggunakannya ke jalan yang baik dan sentiasa menuturkan perkara yang baik. Sebaik-baik manfaatnya adalah apabila ia digunakan untuk membaca al-Quran dan berzikir.
      Indahnya jika lidah itu sentiasa dibasahi sengan zikir sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w ketika menasihati seseorang sahabat, "Hendaknya lidahmu selalu basah dengan berzikir kepada Allah"(riwayat At-Tirmizi).
     Banyak faedahnya jika lidah dan hati sentiasa dibasahi dengan zikir. Maka perbanyakkanlah zikir dalam diri kita tuk menjadi insan yang soleh terhadapNya.

Friday 3 June 2011

Keluarga Bahagia


Kalau anak-anak cukup beruntung kerana merasa peroleh perhatian dan cinta kasih ibu bapa di masa kanak-kanak meraka, maka mereka akan memasuki dunia dewasa mereka dengan suatu perasaan yang sangat mendalam bahawa mereka berharga dan merasa aman. Semua anak sangat takut ditinggalkan. Dan ini ada alasannya. Rasa takut ditinggalkan ini telah timbul pada usia kira-kira enam bulan, iaitu ketika c anak sudah boleh merasakan bahawa dia adalah peribadi yang terpisah dari ibu bapanya. Dengan perasaan seperti itu muncullah kesedaran bahawa sebagai seorang peribadi dia sangat tidak berdaya, sama sekali tergantung pada belas kesihan ibu bapanya dalam banyak hal seperti makanan dan hal-hal yang dapat membantu hidupnya. Bagi anak kecil, ditinggalkan ibu bapanya sama sahaja dengan mati. Hampir semua ibu bapa, bahkan yang tidak mempunyai perasaan dan perhatian sekalipun, secara naluri akan dapat merasakan ketakutan anaknya ditinggalkan. Oleh kerana itu, ibu bapa selalu menyakinkan anak-anaknya ratusan, ribuan kali, siang dan malam, dengan mengatakan, "Mak dan Ayah tidak akan meninggalkanmu" ; "Tentu sahaja Mak dan Ayah segera pulang" ; "Ayah dan Mak tak  akan melupakanmu". Jika kata-kata ini sesuai dengan perbuatan ibu bapa, berbulan-bulan, bertahun-tahun, jika mereka sudah dewasa, rasa takut itu besar manfaatnya. Mereka akan mempunyai perasaan yang mantap bahawa dunia ini adalah punyai hidup yang aman dan mereka yakin bahawa perlindungan akan ada jika mereka memerlukannya. Jika c anak mempunyai perasaan yang mendalam bahawa mereka aman di dunia ini, dia akan selalu mahu menangguh kepuasan dan kebahagiaan (seperti keluarga dan ibu bapa) selalu ada bila sahaja dia memerlukan.

Tetapi ramai anak yang tidak begitu beruntung. Sejumlah besar anak sebenarnya ditinggalkan oleh ibu bapa mereka pada masa kanak-kanak mereka. Alasannya bermacam-macam. mungkin ibu bapa mereka meniggal dunia, atau pergi meniggalkan keluarga begitu sahaja, atau semata-mata lalai, dan ibu bapanya kurang memperhatikan. Sementara anak-anak yang lain, walaupun sebenarnya tidak ditinggalkan, tetapi tidak pernah memperoleh jaminan bahawa mereka tidak akan ditinggalkan. Misalnya, ada ibu bapa yang ingin memaksakan disiplin pada anak-anak semudah dan secepat mungkin, kerap dengan halus atau terang-terangan mengancam akan meninggalkan mereka. Mereka kerap berkata kepada anak-anak mereka, "Kalau kamu tidak berbuat seperti yang saya inginkan, saya tidak akan menyayangi mu. Kamu fikir sendiri apa akibatnya." Tentu sahaja ini bererti ditinggalkan. Dan ditinggalkan bererti mati. Ibu bapa seperti ini mengorbankan cinta hanya kerana mereka ingin mengendalikan dan menguasai anak-anak mereka. Akibatnya, anak-anak yang dibesarkan dengan cara itu takut menghadapi masa depan.