Wednesday 8 June 2011

INDAHNYA BERZIKIR


ALLAH menjadikan manusia adalah sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain. Seindah kejadian adalah nikmat bertutur dan menggunakan lidah untuk berbicara. Seandainya lidah tercedera, kita akan terasa kesukarannya untuk bertutur apa lagi untuk menikmati keanakan makanan. Makan tanpa rasa, semuanya akan menjadi tidak bermakna.
      Dapat bercakap adalah satu nikmat sebenarnya tapi bukan sebarang cakap jangan sampai dikata lidah panjang. Berbahagialah bagi yang menggunakannya ke jalan yang baik dan sentiasa menuturkan perkara yang baik. Sebaik-baik manfaatnya adalah apabila ia digunakan untuk membaca al-Quran dan berzikir.
      Indahnya jika lidah itu sentiasa dibasahi sengan zikir sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w ketika menasihati seseorang sahabat, "Hendaknya lidahmu selalu basah dengan berzikir kepada Allah"(riwayat At-Tirmizi).
     Banyak faedahnya jika lidah dan hati sentiasa dibasahi dengan zikir. Maka perbanyakkanlah zikir dalam diri kita tuk menjadi insan yang soleh terhadapNya.

1 comment:

  1. suke lah pada ayat kat dlm gmbr kat atas tu....

    ReplyDelete